Tiga termasuk dua kanak-kanak maut kereta langgar belakang lori

Tiga termasuk dua kanak-kanak maut kereta langgar belakang lori

Tiga maut kemalangan
PASUKAN bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori dekat Jalan Raja Muda Musa, di Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang wanita bersama dua anaknya maut selepas kereta dinaiki bersama seorang lagi kanak-kanak terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Raja Muda Musa, Bestari Jaya menghala ke Tanjong Karang, di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada tengah hari tadi, kereta jenis Proton Exora yang dinaiki mereka sekeluarga dikatakan melanggar belakang sebuah lori 20 tan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mangsa yang meninggal dunia seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki berusia 12 dan lapan tahun sementara ibunya berusia 44 tahun.

Katanya, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Komander operasi melaporkan sebuah kereta melanggar belakang sebuah lori 20 tan. Terdapat empat orang mangsa tersepit dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bertugas.

“Satu mangsa kanak-kanak lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai dan mengalami kecederaan parah. Manakala tiga mangsa iaitu seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 tenga hari dan menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.

Seramai empat termasuk pegawai dan anggota dibantu oleh sebuah Fire Rescue Tender (FRT) ke tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini