Dua perenang Australia ukir sejarah renang keliling Pulau Redang

Dua perenang Australia ukir sejarah renang keliling Pulau Redang

Julie Boxsell dan Tara Grout dalam acara khas Ramble Round Redang 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wanita warga Australia mencipta sejarah baharu apabila menjadi individu pertama berenang tanpa bantuan dan tanpa henti mengelilingi Pulau Redang, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi acara khas dinamakan Ramble Round Redang 2026, Julie Boxsell, 55, dan Tara Grout, 54, memulakan renangan dari pantai hadapan Laguna Redang Island Resort pada pukul 8.15 pagi sebelum kembali ke lokasi sama pada pukul 4.44 petang.

Kedua-dua perenang berkenaan menamatkan cabaran berenang sejauh 23 kilometer (km) mengelilingi pulau berkenaan dalam tempoh 8 jam 28 minit 50 saat diiringi kru dari Perhentian Channel Swim yang menaiki bot pengiring dan kayak.

Acara julung kali itu dilaksanakan mengikut piawaian serta peraturan rasmi Persekutuan Perenang Maraton (Marathon Swimmers Federation – MSF), termasuk menetapkan perenang kekal berada di dalam air sepanjang masa serta dilarang menyentuh sebarang objek terapung atau bot.

Semenatara itu, Boxsell yang bertugas sebagai jururawat berkata, dia teruja melihat keindahan serta kejernihan air laut di Pulau Redang sepanjang sesi renangan tersebut.

“Saya berpeluang melihat pelbagai spesies hidupan laut seperti ikan kembung, ikan badut dan ikan selar kuning.

“Malah kami turut bertembung dengan beberapa ubur-ubur lion’s mane. Mujurlah kami tidak disengat dan sekadar menjerit terkejut,” katanya.

Sementara itu, Grout yang merupakan seorang pramugari meluahkan rasa syukur atas keadaan cuaca yang tenang dan mendung sepanjang sesi renangan berlangsung.

“Pasukan kami mengharungi perjalanan agak mencabar untuk tiba di Pulau Redang, namun sebaik sahaja memulakan renangan, keadaan laut tenang.

“ Kemuncak keterujaan kami adalah apabila sebuah pesawat terbang rendah betul-betul di atas kami sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Redang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN