Aktiviti luar bilik darjah henti serta-merta jika IPU lebih 100

Aktiviti luar bilik darjah henti serta-merta jika IPU lebih 100

Sebahagian pelajar balik dari sekolah dalam keadaan jerebu yang direkodkan bacaan IPU 167 sehingga 1.30 petang di Taman Dahlia, Johor Bahru.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dan program keramaian di kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 diarahkan dihentikan serta-merta susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di seluruh negara juga diarahkan memantau rapat keadaan jerebu di lokasi masing-masing bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.

“KPM sentiasa memantau dan menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan situasi jerebu di luar jangkaan

“Susulan itu, KPM mengarahkan JPN, PPD dan semua institusi pendidikan bawah KPM terus memantau rapat keadaan semasa jerebu di lokasi masing-masing untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Pada masa sama, semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa merujuk Surat Siaran yang diedarkan.

KPM berkata, berdasarkan situasi semasa jerebu dan bacaan IPU yang direkodkan di seluruh negara terkini, JPN Johor telah mengambil tindakan susulan berdasarkan garis panduan ditetapkanz

“Sehubungan itu, institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Johor di daerah Batu Pahat ditutup sementara mulai 7 Oktober 2026 (Rabu) sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan.

“Dengan penutupan tersebut, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan berdasarkan kesesuaian serta ketetapan semasa dengan mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid,” jelasnya.

KPM berkata, JPN, PPD dan semua institusi pendidikan bawahnya disarankan agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan sebagaimana dalam garis panduan.

“Ia termasuk menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan berjerebu selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas dan jerebu bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah hendaklah ditutup dengan serta merta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN