Wan Ahmad Faysal dikejarkan ke HKL

Wan Ahmad Faysal dikejarkan ke HKL

WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini bagi menerima rawatan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pejabat Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan berkata, beliau kini dimasukkan ke wad hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut kenyataan itu, doktor turut menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya.

“Pejabat ini memohon agar sama-sama kita mendoakan semoga YB Wan Ahmad Fayhsal diberikan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleg Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Machang, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan punca beliau dikejarkan ke hospital atau keadaan yang menyebabkan memerlukan rawatan kecemasan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN