Dua ahli perniagaan didakwa tipu jual nombor plat ‘DFQ1’

Dua ahli perniagaan didakwa tipu jual nombor plat ‘DFQ1’

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu berhubung penjualan nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud berjumlah RM153,000, Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Tertuduh, Ee Tuck Lian, 38, dan Wong Yoon Yee, 37, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Norma Ismail.

 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdayakan seorang kontraktor, Andrew Lim Jian Wei, 32, untuk mempercayai bahawa terdapat tawaran nombor pendaftaran kenderaan ‘DFQ1’.

 

Perbuatan itu telah mendorong mangsa memindahkan wang berjumlah RM153,000 menerusi tiga transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza di sebuah bank di Jalan Telawi 3, di sini, di antara 26 Mei dan 17 Jun lalu.

 

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahu atau maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

 

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak.

 

Mahkamah kemudian membenarkan Tuck Lian dan Yoon Yee masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

 

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 27 November ini.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN