Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan

MAYAT seorang lelaki dijumpai di tepi jalan di Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk dekat Sungai Siput hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di tepi jalan di Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri di kawasan tersebut kira-kira pukul 4.45 pagi.

Katanya, sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat awam, seorang lelaki dijumpai terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pegawai penyiasat kemudian menjalankan pemeriksaan luaran terhadap tubuh lelaki terbabit dan mendapati terdapat unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN