Penganggur tikam isteri serah diri, direman tujuh hari 

Penganggur tikam isteri serah diri, direman tujuh hari 

MOHD. AZMIR DAMIRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas dipercayai menikam isterinya yang merupakan jururawat sebanyak enam kali menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini, malam kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta leher akibat serangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu dan seorang penganggur ditahan selepas hadir menyerah diri kepada polis.

Katanya,  polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada malam sama dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Polis belum mengenal pasti motif kejadian. Suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Azmir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN