Pengaruh media sosial ubah persepsi rasuah

Pengaruh media sosial ubah persepsi rasuah

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kajian mengenai pengaruh media sosial terhadap persepsi rasuah di Malaysia menjadi antara perkara utama yang dibentangkan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembentangan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memberi tumpuan kepada pengaruh media sosial terhadap pembentukan persepsi masyarakat terhadap isu rasuah.

Selain menjadi antara input penting dalam memperkukuhkan pendekatan pendidikan dan pencegahan rasuah yang lebih relevan dengan perkembangan semasa.

Pengerusi PPPR, Datin Yasmin Ahmad Merican berkata, kepelbagaian latar belakang, kepakaran dan pengalaman ahli panel membolehkan pelbagai perspektif diketengahkan dalam membincangkan isu berkaitan pencegahan rasuah dan pelaksanaan inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC).

Menurut beliau, pandangan serta cadangan yang dikemukakan ahli panel dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan program antirasuah yang berimpak tinggi dan memenuhi keperluan semasa.

“Mesyuarat ini memberi ruang kepada semua ahli panel berkongsi pandangan dan cadangan yang konstruktif bagi memperkukuhkan pelaksanaan program antirasuah yang berimpak tinggi, relevan serta memenuhi keperluan semasa,” katanya dalam ucapan ketika mempengerusikan mesyuarat PPPR Bil.3 Tahun 2026 di Pulau Pinang, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama antara PPPR dan SPRM turut menjadi elemen penting dalam memastikan inisiatif KMC dapat diteruskan dan diperkukuhkan.

“KMC ini tidak akan ada tanpa peranan penting SPRM. Kita bekerja sebagai satu pasukan dan saya amat menghargai semangat setiakawan yang telah ditunjukkan sepanjang kita bersama,”jelasnya.

Katanya, mesyuarat itu turut menampilkan pembentangan khas isu semasa oleh Bahagian Komunikasi Strategik serta pembentangan oleh SPRM Pulau Pinang.

“Perkongsian pengalaman dan pandangan dalam mesyuarat berkenaan turut membuka ruang untuk melihat isu pencegahan rasuah daripada perspektif lebih luas serta menjadi proses pembelajaran yang bermanfaat kepada semua ahli panel,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN