Dua hari hilang, juruukur ditemukan maut dalam gaung

Dua hari hilang, juruukur ditemukan maut dalam gaung

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan trak pikap yang dinaiki mangsa selepas terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Mayat seorang lelaki ditemukan selepas dua hari trak pikap dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Saipul Anwar Daud, 60, yang bekerja sebagai juruukur bebas meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki dan muka dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendaen Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku  Ahad lalu namun mangsa dan trak pikap jenis Toyota Hilux dipandunya dijumpai semalam oleh rakan sekerjanya.

Katanya, polis menerima aduan daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 petang semalam berhubung penemuan trak pikap di bawah cerun.

“Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, lokasi terakhir menerusi ‘live location’ lelaki itu dikesan pada petang Ahad lalu di sekitar kawasan kejadian.

“Rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi tersebut semalam sebelum menemukan kenderaan milik lelaki itu berada di bawah cerun,” katanya di sini hari ini.

Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang memandu kenderaan itu menuruni bukit sebelum terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter.

Katanya, mayat mangsa dibawa naik dari lokasi dengan bantuan pasukan bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Tiada individu dipercayai menyaksikan kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan tersebut,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN