Selamat tinggal Messi

Selamat tinggal Messi

LIONEL Messi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Era Lionel Messi bersama Argentina bakal melabuhkan tirainya apabila legenda bola sepak itu dijadual membuat penampilan terakhir bersama Albiceleste dalam aksi persahabatan menentang Benin di Stadium Monumental, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas lebih dua dekad menyarung jersi Argentina, pemain berusia 39 tahun itu akan mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong sambil menyerahkan lilitan kapten yang dipakainya sejak 2010.

Perlawanan yang dijangka disaksikan lebih 85,000 penonton itu bukan sekadar aksi persahabatan, sebaliknya menjadi pentas penutup kepada salah satu era paling gemilang dalam sejarah bola sepak Argentina.

Messi meninggalkan legasi luar biasa selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022, dua gelaran Copa America dan Finalissima, selain mencatat rekod 207 penampilan serta 125 gol dan 68 bantuan jaringan bersama skuad kebangsaan.

Perpisahan itu hadir kira-kira dua setengah bulan selepas Argentina tewas kepada Sepanyol dalam final Piala Dunia, sekali gus menutup peluang Messi mengakhiri karier antarabangsa dengan satu lagi trofi dunia.

“Saya sudah memberikan segala-galanya. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan dan ada pemain muda hebat yang sedang meningkat naik serta layak diberikan peluang,” kata Messi ketika mengumumkan persaraan antarabangsa pada Ogos lalu.

Walaupun masih mempunyai kontrak bersama Inter Miami sehingga 2028, Messi sebelum ini membayangkan kemungkinan menamatkan karier lebih awal, manakala beberapa bekas rakan sepasukannya yang menjulang Piala Dunia 2022 dijangka hadir bersama keluarga bagi memberi penghormatan terakhir.

“Ia akan menjadi hari yang tidak dapat dilupakan buat semua. Semua orang mahu berada dalam perlawanan ini dan kini ia mengenai menikmati detik berkenaan. Kami tidak akan memberikan nombor 10 kepada sesiapa sehingga perlawanan Leo berlangsung. Selepas itu, kita akan lihat,” kata pengendali Argentina, Lionel Scaloni. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN