Mekanisme bantuan bersasar bendung pengurangan pesawah

Mekanisme bantuan bersasar bendung pengurangan jumlah pesawah

RASHIDI Zinol (tiga dari kanan) menyerahkan bantuan kepada petani pada majlis hari bertemu pelanggan dan penyaluran bantuan sara hidup kepada petani dan pesawah untuk daerah Barat Daya di daerah Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.-UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Satu mekanisme bantuan lebih bersasar perlu diwujudkan bagi membendung pengurangan jumlah pesawah di negara ini terutamanya bagi membantu meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kos operasi sawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol berkata, bantuan kerajaan juga perlu mengambil kira peningkatan kos termasuk kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kadar sewa jentera pertanian.

Katanya, dalam hal ini, satu mekanisme bantuan boleh diwujudkan untuk pengusaha jentera yang dilantik di sesuatu kawasan bagi membolehkan penggunaan minyak dikawal berdasarkan keluasan sawah dan keperluan sebenar.

“Kerajaan harus melihat kepada kenaikan harga minyak yang perlu dipantau dan hari ini saya melihat kerajaan sudah sedar hal ini cuma mekanisme macam mana untuk bantu.

“Perkara ini penting kerana kenaikan harga minyak menyebabkan kos sewa jentera meningkat namun kadar sewa berkenaan tidak semestinya turun apabila harga minyak kembali rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Semalam, akhbar ini me­la­por­kan bilangan pesawah di negara ini kini menurun daripada 348,266 kepada 230,119 iaitu penyusutan 33.9 peratus disebabkan beberapa faktor termasuk kos mengusahakan tanaman terlalu tinggi serta golongan muda juga sudah tidak berminat dengan kerja-kerja di bendang pada masa ini.

Mengulas lanjut, Rashidi berkata, pengurangan jumlah pesawah sememangnya dijangka tetap berlaku namun keluasan sawah perlu dipertahankan bagi memastikan ke­terjaminan makanan negara.

“Bilangan pesawah ini, kalau penurunan bagi saya ia mungkin akan terjadi lagi. Tetapi yang paling penting pihak kerajaan kena pastikan dari segi ke­terjaminan makanan, keluasan sawah padi itu mesti dipertahankan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pesawah dan petani juga perlu beralih daripada perusahaan berskala kecil kepada skala lebih besar bagi meningkatkan hasil dan pendapatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.

Pada masa yang sama, beliau berkata, operasi sawah juga perlu dijalankan secara lebih komersial dan melibatkan sekurang-kurangnya lima hektar tanah agar pendapatan yang diperoleh pesawah lebih baik.

“Bukan satu hektar, bukan dua hektar, dia perlu sekurang-kurangnya lima hektar untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Kalau satu hektar dia boleh dapat pendapatan RM2,000, kalau lima hektar dia ada RM10,000. Baru petani akan terkeluar daripada kemiskinan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN