Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Irene Sofiya

Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Irene Sofiya

RAJA Zarith Sofiah berkenan menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang meninggal dunia secara tragis di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor, Sabtu lalu. FACEBOOK/SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang meninggal dunia secara tragis di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor, Sabtu lalu.

Seri Paduka Baginda berkenan menyantuni keluarga Allahyarhamah di kediaman mereka di Kampung Selamat, Yong Peng, semalam.

Turut mengiringi Raja Permaisuri Agong ialah Che’ Puan Mahkota Johor, Khaleeda Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan itu dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin Kadi Daerah Batu Pahat, Mohd Fauzi Bachok.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga selain menyampaikan kata-kata semangat kepada bapa Allahyarhamah, Mohd Khairool Faisal Khyar dan neneknya, Jameyah Rabani.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu disifatkan sebagai tanda keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap keluarga mangsa yang sedang melalui saat sukar susulan kejadian berkenaan.

Sabtu lalu, pelajar perempuan Tingkatan Empat itu ditemukan maut di dalam sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, dalam kejadian yang disyaki membabitkan pembunuhan.

Mangsa ditemukan neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya belum pulang ke rumah kira-kira pukul 5.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN