Fitri akui India sukar digugat

Fitri akui India sukar digugat

SPEEDY Tigers meraih pingat perak sekali gus melanjutkan kemarau kejuaraan Sukan Asia sejak ianya dipertandingkan. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak skuad hoki lelaki negara, Fitri Saari mengakui India terlalu sukar digugat selepas Malaysia tewas 1-5 dalam aksi final hoki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Green Prefectural Gifu, kelmarin.

Kekalahan itu cukup perit buat skuad negara yang memburu emas sekali gus tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA2028), namun Fitri percaya pengalaman berdepan juara bertahan itu akan menjadi pembakar semangat untuk Malaysia bangkit dengan lebih kuat.

Katanya, Speedy Tigers sudah memberikan segala-galanya, malah mampu mengimbangi India dalam dua suku pertama sebelum lawan mula mendominasi permainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pemain, saya rasa saya sudah memberikan yang terbaik. Kami tahu India mempunyai kelebihan kerana mereka juara bertahan dan sudah membuat persiapan rapi.

“Kami cuba menyaingi mereka dan berjaya melakukannya dalam dua suku pertama. Ia memang perit kerana kami mahu memenangi emas dan mendapatkan kelayakan Olimpik,” katanya selepas perlawanan.

Fitri berkata, kegagalan mendapatkan tiket automatik bermakna Malaysia kini perlu melalui pusingan kelayakan Olimpik yang dijangka lebih mencabar apabila berdepan pasukan kuat dari Eropah.

“Kini kami perlu melalui pusingan kelayakan Olimpik, di mana kami akan berdepan pasukan kuat dari Eropah. Kami tetap akan memberikan yang terbaik.

“Dari sudut positif, kami berjaya menewaskan Pakistan yang sudah menunjukkan peningkatan besar, selain Korea Selatan di sini,” katanya.

Mengakui masih banyak ruang perlu diperbaiki, Fitri berkata aspek pertahanan, khususnya ketika berdepan pukulan sudut penalti, serta ketajaman penyudah perlu diberi perhatian segera.

“Kami perlu membuat keputusan dengan lebih baik. Kami juga perlu lebih baik terutama ketika bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti.

“Apabila mendapat peluang, kami perlu menyudahkannya dan lebih klinikal di depan gawang,” katanya.

Skuad negara selepas ini akan mengalihkan fokus kepada Trofi Juara-Juara Asia di India dari 27 Oktober hingga 5 November sebagai medan untuk memperkemaskan kelemahan sebelum menghadapi cabaran kelayakan Olimpik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN