SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Jihan muse memohon maaf jika gurauannya bersama penyanyi, Azmi Saat ketika menjurikan program Kilauan Emas Selebriti 2026 mendatangkan kemarahan ramai pihak.
Menurut Jihan, adakalanya gurauan-guraun yang kedengaran kasar secara tidak sedar dilontarkan kepada Azmi kerana keselesaan berinteraksi.
“Saya insan biasa, kadangkala membuat kesilapan. Saya selesa, bergelar ketawa, bercakap laju sehingga terlepas cakap.
“Yang merasa adalah Azmi, apa perasaannya. Jika mengguris hatinya, saya minta maaf,” katanya.
Jihan berkata demikian sewaktu Sidang Media selepas konsert akhir Kilauan Emas Selebriti yang diadakan di MBSA, Shah Alam.
Jihan berkata kesilapan boleh berlaku ketika bersiaran langsung dan memohon maaf jika tidak menghormati sensitiviti.
“Saya sebagai manusia kena ada sensitiviti. Azmi kawan saya, dia okey sebenarnya. Cuma lawak jenaka kami tidak sepatutnya menjadi tontonan ramai,” ujarnya lagi.
Azmi, yang pada semalam diundang menjadi juri jemputan bersama Datuk Ramli M.S, memaklumkan tidak berkecil hati dan menganggap perkara itu sebagai gurauan kawan-kawan.
“Saya tidak terasa, gurauan kasar ini biasa berlaku, bukan sahaja dari Jihan, malah rakan-rakan yang lain.
“Saya tak pernah terasa. Mereka hanya mahu dekat dan menjadi sahabat kita,” ujarnya.
Semalam, pelakon, Datuk Jalaludin Hassan menepati ramalan apabila dinobatkan Juara Kilauan Emas Selebriti 2026, diikuti pelakon, Datuk Ahmad Tarmimi Sarigar sebagai naib juara dan Zila Bakarin ditempat ketiga.- UTUSAN











