Maut dipukul: Tidak puas hati sering minta duit ibu bapa punca adik OKU mental mengamuk

Maut dipukul: Tidak puas hati sering minta duit ibu bapa punca adik OKU mental mengamuk

ANGGOTA polis menjalankan siasatan susulan kejadian seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya di sebuah rumah di Kampung Tasek, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tidak berpuas hati terhadap abangnya kerana sering meminta wang daripada ibu bapa mereka dipercayai punca seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental mengamuk sebelum memukul abangnya sehingga maut di Kampung Banggol Tasek, Bukit Payong, di sini, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan di sebuah rumah keluarga di kampung berkenaan.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa lelaki berusia 43 tahun yang juga abang kandung suspek, meninggal dunia selepas dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

 

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai rekod berkait kes narkotik.

“Turut cedera dalam kejadian adalah adik perempuan suspek berusia 36 tahun selepas dipukul ketika cuba menghalang suspek daripada menyerang mangsa pertama.

 

“Suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga seorang OKU mental ditahan polis di tepi jalan di Bandar Bukit Payong, tidak lama selepas kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di sini, di sini.

 

Beliau berkata, beberapa barang kes berkaitan kejadian turut dirampas untuk membantu siasatan.

 

“Adik suspek yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kerana mengalami luka di bahagian belakang kepala, patah ibu jari kanan serta kecederaan ringan pada limpa sebelah kiri berdasarkan hasil imbasan CT,” katanya.

 

Mohd Khairi berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN