Kereta terjunam sungai, warga emas bakal kahwin kali kedua

Kereta terjunam sungai, warga emas bakal kahwin kali kedua

OPERASI mencari Mat Yusof Hashim yang dikhuatiri hilang selepas kereta yang dipandu terjunam ke dalam sungai di Bukit Selambau, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang selepas kereta dipandu terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, Bukit Selambau dekat sini kelmarin merancang untuk berkahwin pada Disember ini.

Menurut Mohd. Noor Mat Yusof, 43, kejadian berlaku ketika bapanya, Mat Yusof Hashim, 77, dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Teloi Timur selepas berkunjung ke rumah ahli keluarga bakal isteri di Sidam Kanan, di sini.

Katanya, bapanya pada petang semalam memaklumkan mahu bertemu keluarga bakal isteri untuk berbincang beberapa perkara berkaitan perkahwinan mereka yang telah ditetapkan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa keluar sebelum waktu asar menaiki Proton Wiranya dan sempat berpesan kepada anak sulung saya, Mohd. Aiman Affandi, 17, yang tinggal bersamanya sejak kematian ibu lebih lapan bulan lalu supaya tidak menunggu kerana kemungkinan dia akan balik lewat.

“Kami terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak polis pukul 2 pagi memaklumkan bapa hilang dan gagal dikesan selepas keretanya terjunam ke dalam sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, dia terus bergegas ke lokasi bersama ahli keluarga dan melihat Proton Wira yang dibawa naik dari sungai dalam keadaan remuk.

“Saya dan keluarga sedih dan susah hati kerana bapa masih hilang dan hanya beberapa barang seperti selipar dan sedikit makanan ringan iaitu kacang rebus ditemui di dalam kereta itu.

“Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat bapa masih giat dijalankan oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, menantu Mat Yusof, Siti Syarifah Mohd Zain, 43, berkata, sejak kematian ibu mentuanya pada akhir Februari lalu, mangsa sering mengadu kesunyian.

“Bapa bekerja sebagai penoreh dan bagi membantu menjaga urusan sehariannya, kami benarkan anak sulung tinggal bersamanya. Kami berharap dan berdoa agar bapa ditemui segera dalam keadaan selamat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seorang lelaki warga emas belum ditemui selepas kereta yang dipandu terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN