Tayar cepat haus cabaran besar di Sepang

Tayar cepat haus cabaran besar di Sepang

PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen menempah petak hadapan buat kali pertama musim ini, selepas melakar masa terpantas 1 minit 35.130 saat (s) pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.- Gambar ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Cuaca Malaysia yang panas sehingga menyebabkan tayar jentera cepat haus dijangka menambah lagi cabaran buat pasukan Formula 1 (F) menjelang Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

F1 kembali ke SIC buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun, selepas Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah GP Bahrain bagi pihak kerajaan Bahrain susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan perlumbaan itu tidak dapat dilangsungkan di Sakhir.

Kemunculan semula Malaysia secara tidak dijangka itu sudah memberikan cabaran unik kepada semua pasukan berikutan kekurangan data apabila tiada perlumbaan F1 moden berlangsung di Sepang sejak perlumbaan terakhir di negara ini pada 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, salah satu karakteristik litar lama itu memiliki permukaan asfalt yang sangat kasar bakal menjadi cabaran besar buat pasukan.

Pemandu F1 berdepan tahap kehausan tayar yang tinggi sepanjang sesi latihan bebas pada Jumaat dan semalam, sekali gus mencetuskan kemungkinan perlumbaan, hari ini berakhir dengan strategi dua atau mungkin tiga hentian pit.

Timbalan Prinsipal Pasukan Mercedes, Bradley Lord berkata, perlumbaan dijangka berlangsung dalam suasana yang sangat mencabar ekoran cuaca yang panas.

“Keadaan itu akan menyebabkan lebihan suhu di permukaan trek dan ia ditambah dengan keadaan cuaca yang panas. Jadi, pasukan yang mampu mengatasi cabaran itu dengan baik akan mendapat kelebihan pada perlumbaan, hujung minggu ini,” katanya.

Menurutnya, dengan degradasi tinggi serta tayar mudah haus di atas permukaan asfalt lama yang sangat kasar, jadi, strategi asas adalah dua hentian pit dan ia mungkin mendorong lebih daripada itu.

Jelasnya, pemandu yang mampu menguruskan isu degradasi tayar, selain mengekalkan kelajuan dengan baik sehingga ke penghujung saingan mempunyai peluang lebih cerah pada perlumbaan, hari ini.

Ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur turut sependapat sambil menegaskan perlumbaan kali ini banyak bergantung kepada degradasi tayar.

“Kelajuan perlumbaan akan banyak bergantung kepada degradasi dan kami perlu memberikan tumpuan kepada perkara itu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN