Teringat bekas suami
SOALAN
Adakah saya sebagai isteri berdosa sebab enggan melayani tuntutan nafkah batin suami kerana asyik teringat suami pertama saya?
Isteri bingung
Kuala Lumpur
Jawapan
Hukum tidak melayani suami tanpa sebab syarak adalah terlarang. Wajib untuk berusaha menghilangkan perasaan sayang kepada bekas suami lama dan itu sebenarnya adalah bisikan syaitan.
Keperluan solat duduk
SOALAN
Setakat mana kita dibenarkan solat duduk? Adakah dibolehkan jika tidak larat sahaja atau boleh duduk mengerjakan solat tertentu sekali pun mampu?
Izmil
Skudai, Johor.
Jawapan
Sekiranya mendatangkan kemudaratan besar dan tidak ada kemampuan hakiki maka dibenarkan solat duduk dalam solat fardu. Adapun sunat boleh sahaja solat duduk tanpa ada sebarang hajat.
Tuntut harta
abang kandung
SOALAN
Bolehkah saya sebagai adik menuntut harta arwah abang saya yang meninggal dunia daripada isterinya? Apa proses yang perlu saya tahu?
Adik kandung
Maran, Pahang.
Jawapan
Sekiranya ada hak faraid seperti tidak ada anak kepada abang boleh menuntut hak secara adil.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]











