Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera kereta bertembung lori 30 tan - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera kereta bertembung lori 30 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pasangan suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera selepas kenderaan jenis Hyundai dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 30 tan di Jalan Mersing, Kahang, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan I, Jusoh Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.53 petang.

Sehubungan itu katanya, seramai enam anggota beserta satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Pasukan Bomba Simpanan (PBS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Hyundai maut, manakala dua anak perempuan yang berada dibahagian belakang cedera.

“Mangsa maut dikenal pasti sebagai Mislan Osmin, 54, dan isterinya, Nor Azilah A Rahman, 49. Manakala dua cedera adalah Radiah Mislan, 28, dan Syahida Mislan, 24,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jusoh, pemandu lori 30 tan iaitu seorang lelaki tempatan tidak mengalami kecederaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN