Skuad ragbi 7s lelaki, wanita negara langkah kiri

Skuad ragbi 7s lelaki, wanita negara langkah kiri

Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara tewas 21-33 kepada China dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan China apabila tewas 21-33 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya City Mizuho Park Rugby Field, semalam.

Berdepan antara pasukan pilihan kejohanan, Malaysia cuba memberikan tentangan sengit namun gagal mengekang permainan pantas dan tersusun lawan yang menguasai sebahagian besar perlawanan.

China terlebih dahulu membina kelebihan selesa sebelum skuad negara bangkit memberikan saingan pada penghujung perlawanan menerusi tiga try yang dihasilkan Muhamad Hafiezie Sudin, Amar Syamim Nor Herman dan Ammar Mohamad Zamri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun tewas, semangat juang dipamerkan barisan pemain negara terutama pada separuh kedua memberi petanda positif menjelang baki aksi peringkat kumpulan.

Dalam format ragbi 7s yang berlangsung selama tujuh minit setiap separuh masa, kesilapan kecil sering membawa padah dan Malaysia dihukum oleh kecekapan China memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.

Sementara itu, skuad wanita negara turut berdepan permulaan sukar apabila dibelasah China 0-43 dalam aksi Kumpulan E di venue yang sama.

Pasukan wanita China yang tampil lebih berpengalaman mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan dengan menghasilkan tujuh try tanpa mampu dibalas oleh Malaysia.

Kemenangan besar itu mengukuhkan status China sebagai antara pencabar utama dalam acara ragbi 7s wanita pada temasya kali ini.

Malaysia kini perlu segera bangkit dan memperkemaskan permainan menjelang aksi seterusnya bagi memastikan peluang untuk mara ke pusingan berikutnya terus terbuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×