Lapan kawasan catat IPU tidak sihat

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 12 tengah hari ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia mencatatkan bacaan IPU 157, diikuti Nilai (153), Putrajaya dan Shah Alam, masing-masing (152), Klang (151), Cheras (120), Banting (114) dan Port Dickson (113).

Selain itu sebanyak 53 lokasi lain merekodkan bacaan IPU tahap sederhana setakat pukul 12 tengah hari .

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, tujuh lagi lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×