SEATCE 2026 perkukuh jaringan perdagangan dan teknologi Malaysia-China

SEATCE 2026 perkukuh jaringan perdagangan dan teknologi Malaysia-China

SEATCE 2026 perkukuh jaringan perdagangan dan teknologi Malaysia-China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekspo Teknologi Pengguna Asia Tenggara (Malaysia) 2026 (SEATCE 2026) membuka tirai hari ini dengan menghimpunkan 200 pempamer dari China, sekali gus menyediakan platform perdagangan, teknologi dan padanan perniagaan bagi memperluas jaringan industri serta meneroka peluang pasaran antara Malaysia, China dan Asia Tenggara.

Berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 2 Oktober 2026 di Pusat dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), SEATCE 2026 dirasmikan oleh Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohammad Sahar Mat Din, merangkap Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Dalam satu kenyataan, penganjuran ekspo berkenaan mengetengahkan pelbagai produk, penyelesaian teknologi serta peluang perniagaan yang merangkumi enam sektor utama iaitu ekonomi digital, teknologi pendidikan, pakaian dan fesyen, keselamatan kebakaran, alat ganti automotif serta rawatan air.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kepelbagaian sektor berkenaan menjadikan SEATCE 2026 sebagai medan pertemuan antara pemain industri, pengilang, pembeli, pengedar, peruncit, pemain e-dagang dan pelabur.

Lebih daripada sekadar ruang pameran, SEATCE 2026 turut menyediakan peluang padanan perniagaan secara langsung, sesi perolehan, pertemuan satu-ke-satu, pelancaran produk dan teknologi serta penerokaan pasaran baharu di Asia Tenggara.

Platform terbabit memberi peluang kepada peserta untuk membina hubungan komersial secara lebih dekat, selain mengenal pasti potensi kerjasama dalam sektor yang berkaitan dengan teknologi, produk pengguna dan rantaian bekalan.

Dalam ucapan perasmian, Mohammad Sahar berkata, pihaknya menekankan kepentingan memperkukuh hubungan perdagangan dan jaringan strategik antara pemain industri Malaysia dan China, khususnya dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan serta komuniti perniagaan untuk meneroka pasaran baharu.

“Platform seperti SEATCE 2026 berupaya menjadi pemangkin kepada pembentukan jaringan perniagaan yang lebih luas dengan menghubungkan pengeluar, pembeli, pengedar, peruncit, pemain e-dagang dan pelabur dalam satu ekosistem perdagangan yang sama,” katanya.

Sepanjang tiga hari penganjuran, SEATCE 2026 turut menampilkan forum industri, sesi perolehan, padanan perniagaan, pertemuan satu-ke-satu, pelancaran produk serta sesi jaringan bersama pembeli dan pemain industri.

Pelbagai aktiviti dijangka memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan teknologi dan produk terkini, selain mengenal pasti peluang kerjasama yang berpotensi.

Pada masa sama, SEATCE 2026 membuka ruang kepada syarikat dan usahawan tempatan untuk mendapatkan pendedahan terhadap produk serta teknologi baharu dari China, di samping meneroka potensi kerjasama dan pengembangan pasaran di rantau Asia Tenggara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×