Tun Hasmah mudah didekati, dekat dengan orang seni- Afdlin Shauki - Utusan Malaysia

Tun Hasmah mudah didekati, dekat dengan orang seni- Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya masih ingat ketika beliau dalam satu acara, diberi biola dan menggesek biola tersebut.”

Demikian kata pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki yang mengenang kebaikan dan keprihatinan Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah kepada anak seni tempatan.

Afdlin yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Percint 20, Putrajaya memaklumkan Tun Hasmah sebagai insan berjiwa besar yang mudah amat didekati lebih-lebih bagi golongan penggiat seni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tahu beliau sangat dekat dengan orang seni kerana beliau juga pemain piano dan biola.

“Tanpa beliau, tiadalah Tun Mahathir. Allahyarham banyak menyokong Tun Mahathir di belakang.

“Beliau tempat Tun Mahathir meluahkan perasaan. Bekas Perdana Menteri kita bergantung nyawa kepada beliau,” katanya.

Jenazah Tun Hasmah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan kira-kira pukul enam petang tadi.

Terdahulu, jenazahnya disolatkan di Masjid As syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini petang tadi.

Afdlin memaklumkan beliau terkesan melihat keadaan Tun Mahathir yang kehilangan tulang belakang dan individu paling penting dalam hidupnya.

“Kelihatan beliau amat sedih. Bayangkan bagaimana orang yang kita sayang pergi mendului kita,” ujarnya.

Afdlin juga menganggap Allahyarham sebagai insan yang amat disegani dan berjiwa rakyat.

“Tiada siapa, tidak mengira parti politik mana sekali pun yang memandang beliau sebagai orang yang tidak baik.

“Semua menghormati Allahyarham. Hari ini kita lihat ramai orang pelbagai latar belakang, menghantar beliau ke liang lahad,” ujarnya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi pada usia 100 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×