Nekad lapor diri ke UM walau belanja belum cukup

Nekad lapor diri ke UM walau belanja belum cukup

NUR Shafiqah Syamimi Zainudi akan melapor diri ke Universiti Malaya, Sabtu ini walaupun duit belanjanya belum mencukupi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Talak Chabang Empat Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: “Yang penting saya hadir lapor diri dulu di Universiti Malaya (UM) nanti.

Itu nekad Nur Shafiqah Syamimi Zainudi, 20, yang tekad mahu melanjutkan pengajian Sarjana Muda Linguistik di universiti berkenaan walaupun wang untuk membayar yuran sebanyak RM1,140.80 masih belum mencukupi.

Nur Shafiqah Syamimi berkata, dia perlu melaporkan diri di UM, Kuala Lumpur pada Sabtu ini selepas menerima tawaran pengajian berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setakat ini hanya RM800 wang tunai hasil sumbangan orang kampung dan saudara-mara berjaya dikumpulkan, namun separuh daripadanya sudah diguna untuk membeli pakaian dan beg sebagai persiapan ke universiti.

“Mujur komputer riba sudah ada yang disumbangkan hasil usaha NGO Third Force. Saya akan memohon penangguhan bayaran yuran jika masih tidak mampu sediakan jumlah berke­naan pada tarikh pendaftaran.

“Soal bayaran yuran itu saya akan fikir kemudian. Saya tahu ayah tiri dan ibu saya tidak mampu mengumpulkan wang sebanyak itu dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Talak semalam

Nur Shafiqah Syamimi berkata, jika yuran masih tidak dapat disediakan, dia akan memohon pinjaman pengajian daripada mana-mana sumber demi memastikan peluang melanjutkan pengajian tidak terkubur.

Katanya, sebaik pinjaman diluluskan, dia akan menjelaskan yuran tertangguh selain bayaran yuran asrama.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 03148023967635 atas nama Nur Shafiqah Syamimi Zainudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×