Semua genre ada, kecuali dangdut - Haiza Hanafi - Utusan Malaysia

Semua genre ada, kecuali dangdut – Haiza Hanafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, Haiza Hanafi, 46, mempersoalkan ketiadaan kategori anugerah lagu dangdut terbaik dalam anugerah industri muzik (AIM25) yang berlangsung di Borneo convention centre, Kuching, Sarawak.

Haiza menerusi thread bertambah pelik apabila tidak ada satu pun artis dangdut yang membarisi senarai persembahan dalam acara tersebut.

“Boleh dikatakan semua genre ada, dangdut je takde.Pencalonan takde performance pun takde,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyampai radio yang juga penyanyi itu berharap agar genre lagu dangdut diberi peluang untuk bersaing pada AIM yang akan datang.

“Takpe mungkin next AIM kan. Kita Usahakan Lagi,” ujarnya.

AIM25 yang berlangsung semalam menyaksikan dominasi Mimifly yang memenangi lima trofi termasuk Lagu Perayaan Terbaik dan Muzik Video Terbaik.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berjaya merangkul empat trofi termasuk Vokal Wanita Terbaik.

Aisha Retno pula unggul dengan tiga kemenangan termasuk Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×