Murid tahun dua maut kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

Murid tahun dua maut kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

KEADAAN motosikal yang terlibat kemalangan meragut nyawa kanak-kanak berusia lapan tahun di Kilometer 50 Jalan Kuala Terengganu -Kota Bharu di Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang murid tahun dua maut selepas motosikal dibonceng bersama neneknya dirempuh sebuah Proton Waja di Kilometer 50 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.50 ketika Putri Jannatul Arisha Abdullah, 8, dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29, di sini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd. Zain berkata, ketika kejadian mangsa yang membonceng motosikal jenis Yamaha LC ditunggang neneknya dalam perjalanan keluar dari simpang Kampung Langkap menghala ke SK Batu 29 manakala pemandu Proton Waja dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika motosikal itu keluar dari simpang Langkap ke jalan utama dan terus membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang SK Batu 29, sebelum Proton Waja yang datang dari arah Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan motosikal,” katanya di sini hari ini. 

Menurut beliau, susulan insiden itu, mangsa maut di lokasi kejadian manakala neneknya mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×