Tuntut suami berlaku adil
SOALAN
Bolehkah saya sebagai isteri seorang lelaki berpoligami menuntut giliran bermalam atau masa bersama keluarga supaya lebih adil?
Syah
Isteri poligami
Jawapan
Dibolehkan menuntut keadilan dalam pembahagian masa atau giliran antara isteri-isteri kerana sabit atas perkahwinan. Berbincanglah secara baik dengan suami puan.
Tolak jemputan kenduri
SOALAN
Adakah kita dibolehkan menolak jemputan kenduri seseorang yang kita waswas sumber pendapatannya?
Kasim
Bentong
Jawapan
Sekiranya terdapat keraguan di dalam sumber pendapatan dibolehkan untuk tidak hadir. Namun tolaklah dengan cara yang baik agar tidak timbul rasa kecil hati pihak yang menjemput.
Soal jamak dan qasar
SOALAN
Saya tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi selalu bekerja outstation ke Kluang, Johor iaitu kampung halaman saya. Adakah saya boleh qasar dan jamak solat atau salah satu sahaja, yang mana yang dibenarkan hukum bekerja luar negeri lebih dari tiga hari?
Anak jati
Johor
Jawapan
Sekiranya berlaku safar (musafir) lebih daripada dua marhalah dibolehkan jamak dan qasar kerana terdapat sebab yang membolehkan manakala jamak dibolehkan tiga hari tidak melibatkan hari sampai dan balik.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. –UTUSAN










