Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman - Utusan Malaysia

Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon dan model, Zahnita Wilson, 41, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus, 46.

Kedua mempelai disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pagi tadi.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan abangnya Mohd julian hussein disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, mohammad nazri sobirin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masjid tersebut yang diadakan secara sederhana itu dihadiri rakan, keluarga dan saudara mara terdekat.

Zahnita dalam majlis berkenaan turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 dengan hantaran berupa dua bentuk cincin dan kelengkapan solat.

Kedua mempelai tampil sedondon dengan mengenakan persalinan pernikahan serba putih hasil sentuhan ruby signature.

Sebelum ini Zahnita pernah bergelar isteri kepada Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor bagaimanapun mereka memutuskan untuk berpisah selepas 20 tahun.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×