HE Group raih subkontrak RM124 juta bina pusat data di Johor - Utusan Malaysia

HE Group raih subkontrak RM124 juta bina pusat data di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HE Group Berhad (HE Group) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Hexatech Engineering Sdn. Bhd. meraih subkontrak bernilai RM124 juta bagi kerja-kerja elektrik utama untuk sebuah pusat data di Johor.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, kontrak berkenaan diterima daripada sebuah syarikat Pengurusan Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPCM) milik asing yang beroperasi di Malaysia.

Katanya, skop subkontrak itu merangkumi bekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan kerja-kerja elektrik utama di pusat data berkenaan.

“Tarikh permulaan subkontrak adalah pada tarikh penerimaan kontrak berkenaan, dengan tarikh siap dijadualkan pada 27 Mac 2028.

“Nilai kontrak adalah kira-kira RM124 juta, tertakluk kepada sebarang perubahan, penambahan atau pengurangan yang dibuat mengikut terma nyata kontrak subkontrak tersebut,” katanya.

HE Group berkata, tanpa mengambil kira sebarang keadaan di luar jangkaan, subkontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan masa hadapan kumpulan sepanjang tempoh projek.

Selain itu, kontrak tersebut juga tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama HE Group.

“Tiada risiko ketara yang dijangkakan selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan subkontrak sepanjang tempoh pelaksanaan projek,” tambahnya. 

Lembaga Pengarah HE Group menyifatkan subkontrak berkenaan adalah selaras dengan perniagaan biasa syarikat dan berkeyakinan ia adalah demi kepentingan terbaik kumpulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×