Iran tidak akan tunduk kepada tekanan AS - Pezeshkian

Iran tidak akan tunduk kepada tekanan AS – Pezeshkian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan negaranya tidak akan tunduk kepada tekanan ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, dalam penampilan pertamanya sejak perang tercetus dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Pezeshkian turut menuduh Washington melakukan ‘keganasan’ kerana membunuh bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada awal konflik berkenaan.

Beliau turut mengangkat gambar Khamenei yang terbunuh ketika berucap, sambil menegaskan Teheran tidak pernah memulakan peperangan.

Sehari sebelumnya, Presiden AS, Donald Trump, memberitahu PBB beliau sedang mempertimbangkan tindakan untuk ‘melenyapkan’ Iran.

Bagaimanapun, Trump turut menyambut baik perkembangan rundingan baharu antara perunding Teheran dan Washington.

Pezeshkian tidak menyentuh mengenai rundingan bagi menamatkan perang yang masih berlarutan itu dalam ucapannya yang tegas.

“(Trump) mesti tahu bahawa tentangan rakyat Iran hanya akan semakin kuat berdepan sekatan, tekanan dan tindakan mengugut yang semakin meningkat. Kami tidak akan sesekali menundukkan kepala atau tunduk,” katanya.

Pezeshkian menegaskan Teheran tidak akan membenarkan Selat Hormuz, yang disekat secara berkala sejak perang bermula sehingga menyebabkan harga tenaga global melonjak, digunakan sebagai saluran untuk melakukan tindakan agresif terhadap negaranya.

“Kami tidak boleh membenarkan sesetengah pihak mendapat akses percuma dan memperkukuh kepentingan mereka melalui laluan air itu, pada masa sama menggunakan laluan berkenaan untuk melancarkan tindakan agresif terhadap kami,” katanya.

Kenaikan mendadak harga bahan api mengancam kedudukan Parti Republikan pimpinan Trump, yang berdepan risiko kehilangan kawalan terhadap Kongres dalam pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Kehadiran Pezeshkian pada acara diplomatik utama PBB di tengah Manhattan sebelum ini tidak dapat dipastikan berikutan persoalan sama ada AS akan mengeluarkan visa kepadanya.

Akhirnya, Washington meluluskan visa berkenaan, namun menolak permohonan visa beberapa anggota rombongan Pezeshkian.- AFP/AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×