PM Sepanyol dakwa Maghribi gagal kawal sempadan di Ceuta

PM Sepanyol dakwa Maghribi gagal kawal sempadan di Ceuta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyalahkan kegagalan kawalan sempadan Maghribi yang mencetus krisis migran baru-baru ini di Ceuta, wilayah Sepanyol di Afrika Utara itu.

Lebih 70,000 migran memasuki Ceuta pada 30 dan 31 Julai lalu dalam kemasukan besar-besaran yang belum pernah berlaku sebelum ini dan mengorbankan nyawa.

Kebanyakan mereka kembali ke Maghribi dalam tempoh beberapa jam berikutnya.

Bagaimanapun, beberapa ribu lagi kekal di wilayah Sepanyol itu, menyebabkan keadaan semakin buruk dan mencetuskan beberapa kejadian keganasan serta demonstrasi hampir setiap hari oleh penduduk tempatan.

“Kami sedang menyiasat apa yang berlaku pada hari-hari berkenaan pada Julai lalu, tetapi pada masa sama kami telah meminta Maghribi mengambil tindakan dan memberikan jawapan kerana jelas kawalan sempadannya juga gagal,” kata Sanchez dalam bahasa Inggeris ketika ditemu bual CNN di New York.

Ketika berucap di Parlimen pada 3 September, Sanchez berkata, Madrid perlu meminta pihak berkuasa Maghribi memberikan penjelasan dan melakukan perubahan bagi mengelakkan kemasukan migran ke Ceuta berulang, sambil menegaskan tiada bukti kukuh Maghribi mengatur kemasukan itu.

Laporan polis Sepanyol yang diperoleh AFP menyatakan jumlah anggota polis Maghribi di sekitar pintu masuk sempadan adalah jelas lebih kecil daripada biasa dan anggota terbabit tidak melakukan usaha serius untuk membendung kemasukan beramai-ramai itu.

Laporan itu berdasarkan imej satelit, video daripada sumber terbuka dan keterangan migran.

Kerajaan Sepanyol sejak itu terpaksa mengenal pasti ribuan migran yang masih berada di Ceuta bagi menentukan sama ada mereka layak mendapat suaka. Kanak-kanak tanpa pengiring tidak boleh dihantar pulang secara serta-merta.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×