Facebook, Instagram alami gangguan global

Facebook, Instagram alami gangguan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebahagian pengguna Facebook dan Instagram di Singapura melaporkan masalah untuk mengakses kedua-dua platform media sosial itu pada pagi Isnin ketika pengguna di beberapa negara lain turut melaporkan gangguan.

Laman pengesan gangguan Downdetector menunjukkan laporan berkaitan Facebook dan Instagram di Singapura memuncak kira-kira jam 9.20 pagi, masing-masing sekitar 220 dan 120 laporan.

Kebanyakan laporan berkaitan masalah mengakses laman web kedua-dua platform berkenaan.

Pengguna di negara lain termasuk Filipina, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Mexico turut melaporkan masalah.

Gangguan itu dipercayai berlaku di seluruh dunia. Reuters melaporkan ribuan pengguna di AS mengalami masalah mengakses Facebook dan Instagram, dengan Downdetector merekodkan lebih 17,000 laporan berkaitan Facebook dan lebih 5,000 laporan berkaitan Instagram setakat 1.11 pagi (waktu tempatan).

Facebook dan Instagram yang dimiliki Meta, pernah mengalami beberapa gangguan lain pada tahun ini.

Pada Jun lalu, kedua-dua platform itu mengalami gangguan global yang menjejaskan pengguna di Singapura, Filipina, India, Australia, Kanada dan AS.

Platform media sosial berkenaan turut mengalami gangguan pada Julai lalu, yang menjejaskan ratusan pengguna di Singapura.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×