Dua warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah

Dua warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Desa Tambun di Ipoh, Perak pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga sekeluarga termasuk seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Desa Tambun, di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan isteri, Zaitun Mohamed, 64, serta cucu mereka, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.

Seorang lagi penghuni, Raja Ikhwan Hadi, 47, yang merupakan anak pasangan warga emas itu bagaimanapun terselamat selepas tidur di ruang parkir di luar rumah ketika kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dan BBP Ipoh segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 20 kaki x 70 kaki terbakar kira-kira 70 peratus.

“Setelah kebakaran berjaya dipadamkan, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 70 tahun ditemukan di dalam bilik air di tingkat bawah manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 18 tahun dan wanita berusia 64 tahun terperangkap di tingkat atas.

“Seorang mangsa ditemui di bilik air tingkat atas manakala seorang lagi ditemui di dalam bilik tidur berhampiran tingkap,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa dipercayai mempunyai pertalian keluarga dan rumah berkenaan dihuni enam orang, namun hanya empat penghuni berada di dalam kediaman itu ketika kejadian.

“Seorang penghuni berjaya menyelamatkan diri selepas tidur di ruang parkir kereta di luar rumah.

“Mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×