Istanbul ungguli hab penerbangan dunia, KLIA kekal keempat

Istanbul ungguli hab penerbangan dunia, KLIA kekal keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Lapangan Terbang Istanbul di Türkiye muncul sebagai hab penerbangan dengan rangkaian hubungan terbanyak di dunia, mengatasi Lapangan Terbang Heathrow London.

Menurut laporan Megahubs 2026 oleh syarikat perisikan perjalanan global, OAG, Lapangan Terbang Istanbul naik daripada tempat kedua pada 2025 ke tempat teratas dalam senarai kedudukan global buat kali pertama, dengan rangkaian hubungan ke 337 destinasi di seluruh dunia.

Menurut laporan itu, Turkish Airlines mengendalikan 80 peratus daripada keseluruhan penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

Lapangan Terbang Heathrow London pula jatuh ke tempat kedua selepas jumlah potensi penerbangan sambungan pada hari paling sibuknya menurun enam peratus berbanding tahun lalu.

Penurunan itu sebahagiannya dikaitkan dengan gangguan berterusan terhadap jadual penerbangan ke Asia Barat.

Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam menduduki tempat ketiga selepas mencatatkan peningkatan dalam jumlah penerbangan sambungan dan destinasi yang dilayaninya.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukan keempat dan kekal sebagai lapangan terbang dengan rangkaian hubungan terbanyak di Asia. Jumlah destinasi yang dilayan KLIA turut meningkat kepada 154.
Lapangan Terbang O’Hare Chicago melonjak daripada tempat ketujuh pada 2025 ke kedudukan kelima dunia dan kekal sebagai lapangan terbang paling terhubung di benua Amerika.

Lapangan terbang di rantau Asia Pasifik pula menguasai lapan daripada 20 kedudukan teratas dunia, jumlah tertinggi berbanding rantau lain.

Lapangan terbang di China mencatatkan peningkatan ketara dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai naik daripada tempat ke-19 kepada ke-14, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun meningkat daripada tempat ke-36 kepada ke-19.

Hong Kong turut kembali dalam kelompok 20 teratas selepas naik daripada tempat ke-22 kepada ke-20.

Kuala Lumpur pula menduduki tempat pertama dalam Indeks Megahub Syarikat Penerbangan Tambang Rendah OAG, dengan hampir 15,000 pilihan sambungan penerbangan tambang rendah.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×