Empat kilang musnah terbakar di Puchong - Utusan Malaysia

Empat kilang musnah terbakar di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Empat kilang musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran di Jalan TPP 5/15, Taman Perindustrian Puchong di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, nahas itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.34 pagi sebelum jentera pertama digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong di lokasi kejadian pada pukul 6.45 pagi, api sedang marak memusnahkan sebuah kilang perabot.

“Kebakaran merebak dan membabitkan empat kilang iaitu kilang tayar, kilang perkakasan paip dan injap, kilang perabot dan kilang kejuruteraan, yang mana kesemuanya dianggarkan musnah 90 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×