Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan 'orang tengah'

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

SEKUMPULAN pesawah mengambil upah menyemai benih dan menanam padi di sekitar Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada pesawah melalui MyKad seperti meka­nisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih berkesan dalam aspek tadbir urus agihan bantuan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Prof. Madya Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata, kaedah itu juga dapat memastikan agihan secara terus sekali gus mengurangkan risiko ketirisan dana terutamanya kepada orang tengah yang berada dalam rantaian agihan.

 Beliau berkata, agihan secara terus membolehkan bantuan yang diterima lebih cepat dan efektif berbanding melalui rantaian yang panjang.

“Pihak kerajaan dapat mempunyai akses kepada data real-time (masa nyata) mengenai pesawah dan tidak bergantung untuk memberikan subsidi secara pukal (blanket) yang tidak efektif.

“Manipulasi harga input pertanian juga dapat dikurangkan berikutan subsidi secara terus kepada pesawah yang membolehkan pesawah memilih pembekal yang menjual bekalan input pertanian yang lebih kompetitif dari sudut harga dan kualiti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas permintaan pesawah di kawa­san Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) agar kerajaan menyalurkan subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada mereka melalui MyKad seperti SARA.

Kaedah itu diyakini mampu mengatasi masalah kelewatan dan kualiti bekalan yang menghantui pesawah pada setiap musim, selain sudah terbukti berkesan daripada sebarang ketirisan.

Melalui MyKad, pesawah hanya boleh membeli barang­an yang ditetapkan sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai atau barang lain.

Muhammad Iqmal Hisham berkata, melalui mekanisme itu, kerajaan akan dapat mengurangkan campur tangan dalam harga barangan pasaran khususnya input pertanian dalam hal berkenaan dan memberi ruang kepada pasaran untuk berkembang berasaskan penawaran dan permintaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×