WASHINGTON: Amerika Syarikat sekali lagi menolak permohonan visa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk memasuki negara itu bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York minggu depan, kata sumber yang mengetahui perkara itu.
Dalam kenyataan berasingan, Jabatan Negara AS menuduh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan beberapa organisasi lain gagal melakukan pembaharuan.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut AS menolak pemberian visa kepada Abbas.










