Bermula modal RM250, kini jadi 'payung' jenama Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Bermula modal RM250, kini jadi ‘payung’ jenama Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi perhubungan awam (PR) dan media tempatan, Larenme Sdn Bhd (Larenme), terus memperkukuh kedudukannya dalam industri selepas dua tahun beroperasi.

Perkembangan itu diumumkan sempena sambutan ulang tahun kedua Larenme yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Larenme kini menguruskan kerjasama jenama, endorsmen dan kolaborasi komersial bagi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selain empat lagi bakat tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Eksekutif Larenme, Asyraf Khalid berkata, empat bakat berkenaan ialah SpaceDollah, Dzulfaqar, Papa Ayie dan Boss James.

Menurut beliau, Larenme memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penjenamaan serta kedudukan komersial bakat-bakat berkenaan dalam pasaran.

Mengimbas perjalanan syarikat itu, Asyraf berkata Larenme ditubuhkan pada 2024 dengan hanya empat kakitangan sebelum berkembang kepada lebih 15 pekerja ketika ini.

Katanya, idea untuk menubuhkan syarikat berkenaan tercetus apabila beliau sering menghubungkan kenalan korporat dengan selebriti dan pempengaruh bagi tujuan kerjasama.

“Pada awalnya, kami berdepan kekangan dari segi saluran transaksi kewangan. Jadi, saya mendapatkan bantuan sahabat baik saya sejak lebih 10 tahun lalu, Nazrin Kamal.

“Bermula dengan bayaran RM250 bagi setiap transaksi, ia akhirnya berkembang kepada perbincangan pemegangan saham 50:50 antara kami,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Larenme, Nazrin Kamal berkata perkembangan syarikat itu turut didorong pembahagian peranan yang jelas antara beliau dan Asyraf.

“Beliau lebih kepada pemikir utama syarikat, manakala saya lebih kepada aspek pelaksanaan,” katanya.

Ketika ini, Larenme menyediakan perkhidmatan termasuk liputan media, kempen media sosial, podcast dan pengurusan acara kepada pelbagai kategori pelanggan, termasuk syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Larenme turut menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat termasuk Nuffnang, Commerce.Asia, Mantayay dan Enrichment bagi memperluas rangkaian perniagaan serta kerjasama dalam industri PR dan media di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini