Soalan bodoh, Azeva guna ‘kabel’ mak dia? - A. Aida - Utusan Malaysia

Soalan bodoh, Azeva guna ‘kabel’ mak dia? – A. Aida

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit, Datuk A. Aida meluahkan rasa terkilan apabila menerima pandangan yang mengatakan anaknya, Azeva melalui jalan mudah masuk ke dalam industri seni dengan bantuan orang dalam atau ‘kabel’.

Malah, A. Aida menyifatkan ada pihak yang tidak sensitif apabila melayangkan soalan yang dianggapnya kurang cerdik itu.

“Soalan bodoh ada yang tanya, Azeva guna kabel mak dia?

“Jawapan pada soalan bodoh. Saya buat album sebab dia boleh menyanyi, buat filem sebab dia boleh berlakon.

“Takkanlah saya ni bodoh nak labur duit kalau anak itu tak boleh menyanyi dan berlakon,” katanya di Thread.

A.Aida menambah, tidak menjadi isu seorang ibu yang berpangkat artis mendorong anaknya yang berbakat untuk terjun ke industri seni.

“Tak kisah anak atau bukan, kalau ada bakat dan aura kita akan push. Moga my princess terus menyinar dan mewarnai industri,” katanya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×