Tidak perlu tanya punca - Diana Danielle sahkan kembali solo - Utusan Malaysia

Tidak perlu tanya punca – Diana Danielle sahkan kembali solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, mengesahkan hubungan percintaannya dengan usahawan, Bernard Vincent atau Bern sudah berakhir hari ini.

Diana, 34, bagaimanapun enggan mendedahkan punca menyebabkan hubungan tersebut kandas namun menegaskan keputusan itu adalah yang terbaik buat mereka.

“Saya ada sebab kenapa saya muat naik perkara itu, walaupun itu bukan cara yang saya mahu. Saya cuma nak fokus untuk melangkah ke hadapan.

“Tidak perlu tanya punca, dia orang sangat baik cuma ini yang terbaik untuk kebaikan kami berdua,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon Imaginur itu bagaimanapun berlapang dada dengan perpisahan dan mahu memberi fokus kepada masa depan.

“Saya okay sahaja, banyak lagi perkara dalam hidup ini yang perlu disedihkan,” katanya lagi.

Semalam, baru sahaja Diana hadir ke majlis gala tayangan filem Terbang ditemani Bern.

Malah, dalam temu ramah bersama media, Diana berkata mempunyai perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama Bern dan bakal mengedarkan kad jika sudah bersedia.

Terdahulu, Diana Danielle mula bercinta dengan kekasihnya, Bern, pada tahun 2025 selepas tamat tempoh idah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×