Agentic OS tingkat kecerdasan organisasi, rapat jurang guna AI

Agentic OS tingkat kecerdasan organisasi, rapat jurang guna AI

ERIC Pham ketika menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Rework Agentic OS 3.0 di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi global, Rework.com (Rework) melancarkan Agentic Operating System (Agentic OS) untuk perniagaan bagi membantu organisasi tempatan melonjak ke era kecerdasan.

Inisiatif berkenaan bertujuan membantu perniagaan bergerak melebihi eksperimen kecerdasan buatan (AI) terasing dengan menyatukan tenaga kerja manusia, ejen AI, data perniagaan dan aliran kerja operasi dalam satu platform terhubung.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rework.com, Eric Pham berkata, jurang dalam penggunaan AI dalam kalangan perniagaan di Malaysia bukan berpunca daripada kekurangan pelaburan atau model bahasa besar (LLM), sebaliknya disebabkan ketiadaan infrastruktur perniagaan yang membolehkan AI disepadukan secara menyeluruh.

“Rework Agentic OS untuk perniagaan mewakili generasi baharu sistem pengoperasian yang akan merapatkan jurang berkenaan, sekali gus membantu perniagaan beralih daripada individu berkuasa AI secara terpisah kepada entiti perniagaan berasaskan ejen secara teratur.

“Sistem ini menyediakan persekitaran operasi berkongsi untuk manusia dan AI yang membolehkan perniagaan menangkap dan menggunakan semula pengetahuan operasi, keputusan, proses, sejarah pelanggan serta pengalaman terkumpul yang kami panggil sebagai kecerdasan organisasi,” katanya semasa ucaptama sempena pelancaran Rework 3.0 di sini hari ini. 

Pelancaran Agentic OS amat kritikal memandangkan Malaysia melabur secara agresif dalam masa depan digitalnya, dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merekodkan RM87.4 bilion pelaburan digital pada tahun 2025.

Namun begitu, laporan Strand Partners menunjukkan 67 peratus pengamal AI di Malaysia masih bergantung terutamanya kepada aplikasi asas seperti chatbot dan hanya 19 peratus mempunyai strategi formal untuk memperluaskan penggunaan AI merentasi pelbagai fungsi.

Agentic OS dibangunkan menerusi dua lapisan teras utama iaitu Seni Bina Kecerdasan yang menghubungkan seluruh perniagaan serta perkhidmatan perniagaan yang merangkumi ratusan perkhidmatan operasi terhubung.

Lapisan berkenaan merangkumi perkhidmatan operasi pemasaran, jualan, kerja, pengurusan sumber manusia serta perkhidmatan komunikasi organisasi bagi memberi konteks dan pengetahuan kepada ejen AI untuk melaksanakan tugasan secara selari dengan manusia.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Rework.com, Brian Trinh berkata, peluang dalam era AI bukan sekadar menambah satu lagi alat AI ke dalam susunan perisian sedia ada, sebaliknya mereka bentuk semula aliran kerja dan operasi.

“Perniagaan perlu menilai semula bagaimana kerja direka bentuk, bagaimana konteks ditangkap serta bagaimana manusia dan ejen AI beroperasi bersama.

“Rework Agentic OS memberikan landasan kukuh kepada organisasi untuk melaksanakan transisi berkenaan secara praktikal,” katanya.

Rework kini mempunyai lebih satu juta pengguna merentasi 12,000 syarikat di peringkat global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×