Jepun catat lebih 100,000 penduduk berusia 100 tahun

Jepun catat lebih 100,000 penduduk berusia 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jumlah penduduk berusia 100 tahun ke atas di seluruh Jepun melepasi angka 100,000 buat kali pertama, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.

Dengan usia median 49.9 tahun, Jepun mempunyai penduduk kedua tertua di dunia selepas Monaco, menurut Bank Dunia.

Tinjauan kerajaan terkini yang diterbitkan menjelang cuti umum tahunan ‘Hari Penghormatan kepada Warga Emas’ minggu depan menunjukkan jumlah penduduk berusia 100 tahun ke atas mencecah 107,677 orang setakat 1 September.

Kementerian itu berkata, jumlah berkenaan merupakan kali pertama bilangan penduduk berusia 100 tahun ke atas melepasi angka 100,000 sejak rekod mula dikumpulkan pada 1963, dengan kira-kira 90 peratus daripadanya wanita.

Jumlah penduduk dalam kumpulan umur itu mencatat rekod tertinggi selama 56 tahun berturut-turut.

Data pada Jun menunjukkan kadar kesuburan Jepun kembali menurun tahun lalu ke paras terendah baharu, sekali gus menonjolkan krisis demografi yang semakin membelenggu ekonomi keempat terbesar dunia.

Krisis yang semakin meruncing itu sudah menyebabkan kekurangan tenaga kerja, peningkatan mendadak bil keselamatan sosial serta penyusutan asas cukai.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×