Nahas helikopter: Menteri Kesihatan imamkan jenazah Dr. Ainul, lebih 1,000 hadir

Nahas helikopter: Menteri Kesihatan imamkan jenazah Dr. Ainul, lebih 1,000 orang hadir

DR. Dzulkefly Ahmad mengimamkan solat jenazah Dr. Ainul Baraah Kamarudin di Masjid Al Karomah Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengimamkan jenazah pegawai perubatan, Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak.

Solat jenazat itu diadakan di Masjid Al-Karomah Mukim Baung,  Besar, Pengkalan Chepa di sini, selepas solat zohor, hari ini.

Penghormatan itu diberikan oleh keluarga Allahyarham Dr. Ainul Baraah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan pemimpin kerajaan negeri.

Lebih 1,000 ahli keluarga, sanak saudara dan penduduk setempat bersama menunaikan solat jenazah tersebut.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Kamarudin Salleh, 69, berkata, Dzulkefly sudah berjanji untuk mengimamkan jenazah anaknya apabila tiba di Kelantan.

“Menteri Kesihatan sudah berjanji untuk mengimamkan solat jenazah arwah,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Al-Karomah.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Dr. Ainul Baraah dibawa pulang ke Kelantan menggunakan pesawat pengangkut C-130H Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia.

Jenazah bersama ahli keluarganya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 11.21 pagi ini. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebuah helikopter membawa lima penumpang termasuk juruterbang dilaporkan terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang.

Kelima-lima mangsa ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; Dr. Ainul Baraah, Penolong Pegawai Perubatan, Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×