PRU awal hanya cadangan, belum ada ketetapan

PRU awal hanya cadangan, belum ada ketetapan

JOHARI Abdul ketika sidang media pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 di Kompleks Parlimen Malaysia di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan mengadakan pilihan raya lebih awal hanyalah pandangan daripada parti politik dan setakat ini belum ada sebarang penetapan rasmi mengenainya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sebarang cadangan yang wujud hanya sekadar cadangan, bukannya keputusan muktamad.

“Tidak ada penetapan apa-apa sebenarnya, itu cadangan. Cadangan untuk mengadakan pilihan raya awal, itu cadangan daripada parti,” katanya ketika ditemui Majlis Perasmian Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 di sini, hari ini

Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi gesaan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan sebelum tempoh Parlimen Penggal Ke-15 tamat tahun depan.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan mandat perlu dipulangkan kepada rakyat dan parti diterajuinya bersedia berdepan lawan politik di medan PRU16.

Mengulas lanjut, Johari berkata, mana-mana pihak termasuk parti politik bebas mengemukakan sebarang cadangan berhubung tarikh pilihan raya.

Menurut Johari, pihak berkuasa yang akan membuat keputusan akhir mengenai perkara itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dan saya rasa tidak ada penetapan apa-apa pun. Jadi parti boleh buat apa-apa cadangan,” katanya.

Sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi lanjut dibuat berhubung tarikh sebenar pilihan raya akan datang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×