IPOH: Laluan lebuh raya arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh mengalami kesesakan lebih lapan kilometer (KM) susulan cerun runtuh di Kilometer 263.6.
Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, kejadian sekitar pukul 4.28 petang itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.
“Setakat pukul 5.12 petang ini, trafik masih sesak. Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan pandu dengan selamat,” katanya. –UTUSAN









