Lapangan terbang Myanmar ditutup dua hari selepas diserang dron pemberontak

Lapangan terbang Myanmar ditutup dua hari selepas diserang dron pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Lapangan terbang kedua tersibuk di Myanmar ditutup selama dua hari mulai Jumaat selepas kerajaan yang disokong tentera menuduh kumpulan pemberontak pro-demokrasi menyerangnya menggunakan dron.

Lapangan Terbang Mandalay merupakan hab penerbangan antarabangsa dan domestik di tengah Myanmar, namun kumpulan pemantau amaran serangan udara awam turut mengenal pastinya sebagai landasan yang digunakan jet tentera untuk melancarkan operasi.

Enam dron berani mati menyerang lapangan terbang itu pada petang Khamis, menurut kenyataan kerajaan yang disokong tentera. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi serangan itu mengganggu jadual penerbangan.

Bagaimanapun, seorang sumber keselamatan memberitahu AFP pada Jumaat, lapangan Terbang Mandalay kekal ditutup hari ini dan esok.

“Serangan berlaku agak jauh dari bangunan lapangan terbang, tetapi lapangan terbang ditutup sebagai langkah perlindungan,” kata sumber yang enggan dinamakan itu.

Seorang lagi pegawai keselamatan yang bertugas di sebuah lapangan terbang lain di Myanmar yang turut enggan dinamakan mengesahkan kemudahan di Mandalay itu akan ditutup untuk kerja penyelenggaraan sehingga Ahad.

Serangan dron pada Khamis itu merupakan pengakuan jarang berlaku mengenai serangan pemberontak di salah satu kawasan bandar utama Myanmar, yang secara amnya kekal sebagai kubu kuat tentera.

Kerajaan menuding jari kepada gerila pro-demokrasi yang mengangkat senjata selepas rampasan kuasa itu, dengan kumpulan utamanya dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF).

Dalam kenyataannya, kerajaan berkata, serangan itu menyasarkan lapangan terbang berkenaan yang disifatkannya sebagai sistem pengangkutan awam bukan ketenteraan.

Tidak dapat disahkan sama ada lokasi serangan itu merupakan kemudahan awam atau tentera, namun wartawan AFP sebelum ini pernah melihat pesawat tentera terbang di ruang udara Lapangan Terbang Mandalay.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×