Jepun hantar helikopter ke Indonesia bantu padam kebakaran hutan

Jepun hantar helikopter ke Indonesia bantu padam kebakaran hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah kapal Jepun yang membawa tiga helikopter CH-47 tiba di Indonesia pada Khamis bagi menjalankan misi memadam kebakaran hutan, misi pertama seumpamanya disertai Tokyo di luar negara, lapor Kyodo News.

Kapal pengangkut kelas Osumi seberat 8,900 tan, Kunisaki tiba di Pelabuhan Kijing di Kalimantan Barat dengan kira-kira 350 anggota.

Helikopter berkenaan akan membantu tentera Indonesia menjalankan operasi memadam kebakaran dari udara selama kira-kira seminggu bermula Ahad.

Helikopter CH-47 itu akan mengambil air dari sungai dan membawa kira-kira lima tan air dalam setiap penerbangan sebelum mencurahkannya ke kawasan yang dilanda kebakaran.

“Kami akan melakukan segala usaha bagi melaksanakan misi ini untuk membantu mangsa,” kata seorang pegawai Kementerian Pertahanan Jepun.

Kebakaran besar yang tercetus di beberapa kawasan Indonesia antara Januari hingga Julai memusnahkan kira-kira 2,000 kilometer persegi kawasan hutan dan tanah gambut.

Kebakaran masih berlaku di beberapa bahagian negara itu, dengan tentera Indonesia menjalankan operasi memadam api dari udara.

Penghantaran itu susulan perjanjian yang ditandatangani pada Mei oleh Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin untuk memperluas kerjasama pertahanan, termasuk latihan bersama dan operasi bantuan bencana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×