Pembantu kedai alat ganti kenderaan tidak mengaku cederakan isteri

Pembantu kedai alat ganti kenderaan tidak mengaku cederakan isteri

WAN Noorazmilrullah Wan Noorabiddin (tengah) semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengakibatkan kecederaan parah terhadap isterinya, Sabtu lalu.

Wan Noorazmilrullah Wan Noorabiddin, 37, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, pembantu kedai alat ganti kenderaan itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya kira-kira pukul 7 malam pada 5 September lalu di sebuah rumah di Desa Mutiara, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan bagi kesalahan berkenaan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 Oktober ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×