Azeez Rahim, 2 bekas pegawai TH direman dua hari

Azeez Rahim, 2 bekas pegawai TH direman dua hari

AMER Hamzah Arshad ketika ditemui pemberita selepas prosiding reman terhadap Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama dua lagi bekas pegawai TH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim direman dua hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mohamad Afiq Zuber yang bertindak sebagai Majistret selepas permohonan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes tipu berkait pemberian hibah TH.

Difahamkan, Abdul Azeez turut ditahan reman bersama dua lagi individu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH dan bekas Ketua Pegawai Kewangan TH.

Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad mewakili ketiga-tiga itu berkata, perintah reman itu dikeluarkan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita berhujah mengatakan tidak perlu ada tahanan reman lanjut kerana laporan RCI yang jadikan sebagai asas telah pun dilengkapkan.

“Sebelum ini, kertas siasatan juga telah diberikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), jadi tiada keperluan. Beliau juga sentiasa memberi kerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding reman.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Baling itu dibawa untuk prosiding reman sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, Abdul Azeez direman SPRM selama tujuh hari bermula 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan susulan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Laporan RCI berkaitan TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu memperincikan kelemahan dalam pengurusan dan operasi dana haji berkenaan bagi tempoh antara 2014 hingga 2020.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×