KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibawa masuk ke dalam dewan Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di sini dengan memakai pakaian berwarna ungu bertulis `LOKAP PDRM’ dan tangannya bergari.
Difahamkan Abdul Azeez baru sahaja selesai proses reman selepas ditahan oleh pihak polis malam tadi.
Ahli Parlimen Baling itu juga akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebentar lagi berkait dengan laporan RCI Tabung Haji.-UTUSAN










